Thursday, November 22, 2012

Friday, May 25, 2012

saya tetap sokong pasukan keselamatan Negara

salam,lama juga tidak menulis kat blog saya nie sibuk dengan kerja dan keluarga......saya terpanggil untuk menulis tentang BERSIH 3 yang nampaknya bukan menyenangkan orang ramai tapi banyak menyusahkan orang ramai.....saya setuju jika kita hendak perbaharuan dalam segi apa pun tapi tak bleh ke buat secara aman dan mengikut lunas undang-undang hairan juga dan bagi tempat yang senang hendak berkumpul dan menyatakan luahan rasa nak juga buat tempat orang kita cari rezeki....dan penganjur pulak peguam yang pasti undang-undang dalam pengetahuannya....jangan terikut negara luar kita masih ada agama yang menjadi asas dalam kita membuat keputusan.....saya tak rasa polis yang boleh dipersalahkan dalam hal ini mereka juga menjalankan tugas yang diarahkan tu pun hanya buat sekatan jalan bukannya terus menangkap yang berkumpul....saya berada disitu masa kejadian saya tahu apa berlaku....yang pukul orang dan wartawan tu siapa? orang muda yang suka memberontak dan bersemangat mendengar suara berapi dari orang yang suka pandai bercakap dan menggunakan alasan yang dikatakan logik.......fikirlah sedalam baik dan buruk cuba pentingkan diri sendiri sebelum mendengar suara orang politik ini......pasal politik kita perlu matang dan mengkaji segala fakta agar tidak salah membuat keputusan.......kalau semua perbuatan semua polis salah siapa kah yang boleh diharapkan menjaga keselamatan negara.....

Monday, June 13, 2011

kenapa perlu ke jalan raya ?

saya hairan kenapa kita perlu buat kecoh sana sini kita patut bersyukur kerana kita hidup aman damai di bumi malaysia.rakyat perlu faham banyak buruknya dari baiknya bantahan jalanan kerana mungkin ada pihak akan ambil kesempatan untuk buat kecoh bila huru-hara siapa yang susah orang yang peniaga, orang berkerja yang kebanyakan orang melayu kita......yang lain tepuk tangan kita bergaduh sama sendiri......sekarang kita tak boleh bertindak mengunakan emosi tapi akal fikiran yang mendalam kerana saya tak mahu kita menjadi macam singapura dimana melayunya dulu kuat tapi kerana percaya kata-kata yang pandai bercakap dan memujuk akhirnya jadi lemah kemudian kurang didengari suara melayu itu sendiri. Jangan terlalu memuja sesuatu individu hinggakan kebenaran diperlekahkan tanpa usul-periksa.....semuanya betul tiada salahnya......peganglah pada pepatah 'yang benar tu tetap benar yang salah tetap salah'.Fikirkan bangsa aku yang seagama aku ingatlah kita tetap satu bangsa wal;aupun berlainan parti dan pemikiran Dahulukan agama dan bangsa barulah parti tulah pegangan saya......harap yang lain pun begitu.
Saya anak Melayu......

Sunday, April 17, 2011

gambar 2005 Hotel Uitm Dungun





kerjasama pasukan akan jadi kuat......

Saturday, December 4, 2010

kenaikan harga barang.

panas... panas isu ini tak pernah habis diperkatakan dari ahli politik hingga ke suri rumah...kerajaan harus menaik taraf gaji jika ingin apa jua suasidi dikurangkan ini tidak gaji masih ditakuk lama barang makin naik siapa tak bunyi......rakyat biasa pasti akan tertekan......apa jua keputusan rakyat diutamakan dari segala aspek dan rakyat juga harus bertindak melakukan untuk meningkatkan ekonomi masing-masing.Dan jangan kerana isu ini negara kita kacau bilau dan kita hilang kedamaian kita kecapi fikirkanlah warisan apa yang kita hendak tinggalkan pada anak dan cucu kita.............jangan dipergunakan oleh orang yang hanya pentingkan diri sendiri wahal dia tak pernah hidup susah tapi pandai bercakap...........

emosi pasti pengaruhi sikap kita,
emosi juga boleh menyebabkan kita merana..


FIKIRKANLAH>>>>>

Tuesday, August 3, 2010

Rupa diri pelajar Falkuti Hotel Uitm Dungun

saya harap teguran ini tidak dipandang serong, saya amat berharap rupa diri pelajar kita dicermin secara teliti kerana saya tengok cara pelajar sekarang berpakaian seperti tidak ditegur oleh pihak yang berkenaan rambut yang berwarna, seluar jeans waktu kelas, kasut yang tidak sesuai dan baju oklah krn baju kemeja nampak kemas. perihatin akan keadaan sebelum menjadi barah yang tiada ubatnya.